Tuesday, 22 November 2016

Kanser Prostat Harian Metro

Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

Beberapa kajian mendapati berat badan berlebihan atau obesiti, meningkatkan risiko kanser prostat terutama jenis agresif. Bagi setiap peningkatan berat badan lima kilogram berbanding ketinggian, risiko kanser didapati meningkat lima peratus.
Malah risiko kanser prostat boleh melonjak sehingga 30 peratus sekiranya seseorang itu bukan saja memiliki berat badan berlebihan tetapi turut mengalami penyakit sindrom metabolik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Diet dengan kandungan tinggi lemak meningkatkan risiko kanser prostat, kemungkinan kerana ia memberi impak kepada hormon testosteron yang bertanggungjawab mengawal tumbesaran dan fungsi prostat.
Kajian di Malaysia turut mendapati masyarakat Cina merekodkan bilangan paling ramai menghidap kanser prostat berbanding kaum lain dan ini membuka laluan kepada kajian lain bagi mengenal pasti genetik yang meningkatkan risiko penyakit itu.
Kanser berkenaan bermula di bahagian prostat iaitu kelenjar berbentuk walnut kecil dengan fungsi merembeskan cecair seminal yang bertindak memberi zat dan mengangkut sperma.
Ia adalah kanser paling biasa menyerang lelaki dan biasanya berkembang secara perlahan-lahan dan kekal di bahagian dalam kelenjar prostat serta tidak menyebabkan ancaman besar.
Bagaimanapun, terdapat kanser prostat jenis agresif yang boleh merebak dengan pantas. Kanser prostat yang dikesan pada peringkat awal dan masih berada di bahagian kelenjar prostat, mempunyai peluang lebih cerah untuk dirawat.
Pakar Perunding Urologi Hospital Beacon Dr Christopher Ho berkata, kebanyakan kanser prostat tidak agresif dan tumbuh atau merebak secara lambat.
Katanya, kira-kira 90 peratus kanser prostat adalah jenis kanser yang berasal daripada kelenjar dalam prostat.
“Jenis kanser ini dinamakan adenocarcinoma. Namun antara 10 hingga 15 peratus kanser prostat adalah jenis agresif. Kanser ini biasanya mempunyai gred tinggi dan bukan jenis adenocarcinoma.
“Contohnya, kanser yang berasal daripada sel neuroendocrine, dinamakan ‘small cell’, adalah agresif. Kanser prostat ‘small cell’ biasanya akan merebak keluar dari prostat ke tulang, paru-paru atau kelenjar limfa dengan cepat. Kanser prostat juga diberi gred berdasarkan ciri sel yang boleh dilihat dengan mikroskop,” katanya.
Menurut Dr Ho, jika bentuk sel kanser jauh berbeza daripada sel biasa, ia diklasifikasi gred tinggi dan bersifat agresif.
Katanya, bagi kanser yang disifatkan sebagai agresif, tumbesarannya sangat pantas dan merebak dengan cepat ke bahagian tubuh lain.
“Oleh itu, prognosis atau kadar penyembuhan adalah lebih rendah berbanding kanser biasa. Makanan yang boleh meningkatkan risiko kanser prostat ialah produk tenusu seperti keju, susu, yogurt dan makanan yang diproses serta daging merah termasuk sosej, burger, bakon dan ham,” katanya yang pernah memenangi anugerah Man of the Year in Medicine and Healthcare dari Institut Biografikal Amerika.
Selain itu katanya, faktor lain yang meningkatkan risiko kanser prostat ialah umur yang lanjut iaitu lebih 50 tahun, ada ahli keluarga yang menghidap kanser sama dan bagi lelaki negara Barat, mereka yang berasal daripada keturunan kulit hitam.
Katanya, jika seseorang lelaki itu mempunyai abang, adik, ayah atau anak yang menghidap kanser prostat, risiko kanser pada dirinya adalah dua ke tiga kali lebih tinggi berbanding orang biasa. Mutasi gen tertentu seperti BRCA 1 dan BRCA2 juga faktor risiko.
Ubah cara hidup
“Cara untuk mengurangkan risiko kanser prostat adalah melalui cara hidup sihat. Pertama, diet dengan mengurangkan makanan yang mengandungi lemak tinggi terutama lemak haiwan.
“Sebaliknya, makanan yang berserat tinggi seperti sayur, buah-buahan dan kekacang perlu dipertingkatkan. Aktiviti fizikal seperti bersenam juga dapat mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 19 peratus,” katanya.
Dr Ho berkata, rawatan kanser prostat bergantung kepada tahap atau peringkat kanser itu. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada kanser yang sudah merebak (metastasis) atau belum merebak (setempat) ke tempat lain.
Menurutnya, jika kanser prostat belum merebak, rawatan yang boleh diberi termasuk pembedahan, radioterapi ataupun tidak memerlukan rawatan langsung. Pada masa sama, kanser yang bergred rendah, tumbesaran dan risiko ia merebak sangat rendah.
“Oleh itu, rawatan mungkin boleh ditunda untuk mengelakkan kesan sampingan rawatan. Kanser ini boleh dipantau dengan ujian darah ‘antigen spesifik prostat’ (PSA) dan pemeriksaan fizikal prostat.
“Jika ada perubahan mendadak, rawatan pembedahan atau radioterapi diperlukan. Selain itu, usia pesakit yang sudah lanjut lebih 70 atau 80 tahun, rawatan agresif bagi kanser prostat jenis gred dan risiko rendah tidak diperlukan kerana kajian menunjukkan rawatan agresif hanya berbaloi untuk mereka yang mempunyai jangka hayat melebihi 10 tahun,” katanya.
Dr Ho berkata, pembedahan untuk kanser prostat membabitkan pembuangan prostat secara keseluruhan. Ia boleh dilakukan sama ada secara robot, laparoskopi atau pembedahan biasa.
Katanya, rawatan secara radioterapi pula membabitkan memberi fokus kepada sinaran-x kuasa tinggi untuk cuba membunuh sel kanser.Terdapat pelbagai cara untuk memberi radioterapi. Cara lama adalah dengan menganggarkan secara kasar lokasi prostat dan fokus kepada sinaran radioterapi ke arah kawasan itu.
Kesan sampingan cara itu lebih tinggi kerana organ dan kawasan lain seperti pundi kencing dan usus mungkin terkena kesan sinaran radioterapi.
“Cara terbaru seperti 3D conformal, intensity modulated (IMRT) dan image guided (IGRT) dapat mengesan dengan lebih tepat kawasan prostat untuk sinaran.
“Cyberknife ialah rawatan radioterapi yang canggih. Penanda kecil akan dimasukkan ke dalam prostat dan ini membantu doktor dengan bantuan imbasan CT untuk fokus secara terperinci kawasan lokasi prostat.
“Ini membolehkan sinaran kuasa sangat tinggi diberikan. Jika radioterapi biasa memerlukan rawatan lima hari seminggu selama dua bulan, Cyberknife hanya memerlukan lima hari rawatan kerana sinarannya lebih tepat dengan kesan sampingan juga sangat rendah berbanding radioterapi biasa,” katanya.
Bagaimanapun, kata Dr Ho, jika kanser sudah merebak, kanser tidak boleh disembuhkan dan rawatan yang diberi adalah untuk mengawal kanser dan cuba memanjangkan jangka hayat pesakit. Rawatan itu termasuk hormon dan kemoterapi.
Menurutnya, jika kanser prostat tidak merebak dan rawatan yang berpatutan diterima, prognosis adalah baik dengan lebih 90 peratus akan hidup lebih 10 tahun.
Sebaliknya, jika kanser sudah merebak, jangka hayat lima tahun turun kepada 28 peratus saja. Oleh itu, dia menyarankan orang ramai untuk membuat pemeriksaan supaya kanser dapat dikesan pada peringkat awal dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya secepat mungkin.
“Kepada lelaki yang mempunyai risiko tinggi kanser prostat atau risau mungkin menghidap kanser prostat, disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
“Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal terhadap prostat. Jika terdapat kelainan yang boleh dirasai seperti ketulan, permukaan tidak rata atau prostat sangat keras, biopsi diperlukan.
“Darah PSA juga akan diambil dan jika paras tinggi, biopsi diperlukan untuk mengesan kanser. Jangan berlengah, jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Kanser peringkat awal boleh sembuh jika rawatan awal diberikan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 11:29 AM

Friday, 4 November 2016

First Malaysian surgeon awarded prestigious scholarship from US College of Surgeons

a day ago, Jenny Maganran Goh
The international recognition has raised Malaysia’s ranking of scientific research and testing
The international recognition has raised Malaysia’s ranking of scientific research and testing
Malaysia celebrates a proud achievement when Dr Christopher Ho Chee Kong, a professor of urology and sexual medicine at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), became the first Malaysian to receive the International Guest Scholarship Award from the American College of Surgeons (ACS).

The distinguished award was presented by Giuseppe Nigri, chair of the International Relations Committee (IRC) Scholar Selection Subcommittee of the ACS, during its recent ACS annual congress in Washington.

No easy feat amidst competitive application process

At the meeting which was attended by 30,000 surgeons from all over the world, professor Hilary Sanfey, the ACS Vice President, said, “We are particularly, pleased that one of the 2016 recipients is Dr Christopher Ho Chee Kong, the first surgeon from Malaysia to receive this honour.”

“Dr Kong (Ho) is one of 12 recipients selected from a highly competitive pool of applicants, all of whom had demonstrated a commitment to teaching and/or research in accordance with the standards of the applicant’s country.” 

Dr Ho, 41, who has been in the forefront of research on urologic surgery, prostatic diseases and men’s health and ageing, did not expect to get the scholarship of USD10,000 (RM41,820). “I am very happy and proud as a Malaysian … to be accepted in America, traditionally all doctors in Malaysia look up to the United Kingdom or Australia.”

The surgeon whose parents taught deaf students in his hometown, Malacca also thanked the College of Surgeons of Malaysia president, professor Dr Hanafiah Harunarashid, who had supported him in his application. 

Mentored by prominent US urologists

Apart from participating in educational opportunities and activities of the five-day ACS clinical congress, Dr Ho also conducted clinical, teaching and research activities while in North America. 

He had the opportunity to observe robotic surgery on prostate cancer and kidney cancer performed by Dr Claus Roehrborn, the renowned professor of urology in the University of Texas Southwestern Medical Centre.

Besides, he took a tour of the facilities and the set-up of the new state-of-the-art-university hospital, and was privileged to be mentored by another prominent American urologist, Professor Dr Arthur Sagalowsky.

An inspiration to young scientists

The international recognition was a monumental moment for Malaysia; it has certainly raised the country’s ranking in scientific research and teaching. 

Dr Hanafiah, who also attended the congress, commented that both the College of Surgeons of Malaysia and the nation are very proud to see the young surgeon receiving the award from the largest surgical institution in the world. 

“I hope this will be an inspiration to our young trainees in Malaysia and Dr Christopher (Ho) will use this opportunity to learn some of the finer aspects of modern surgery from the institution that has produced many Nobel laureates, and transfer the knowledge for the benefit of our patients,” she added.

In recent years, Malaysian clinical scientists have made significant strides. Dr Hanafah is the first Malaysian to have won the International Medal for Distinguished Award from the Royal College of Surgeons of Edinburgh.

Another Malaysian clinical scientist, Dr Muzlifah Haniffa, a professor of dermatology and immunology at Newcastle University in UK, is the first clinical scientist to be awarded a Lister Institute Research prize in recognition of her outstanding efforts in pioneering research to improve the human immune system. MIMS